TIADA PELAJAR TANPA PELUANG

TIADA PELAJAR TANPA PELUANG
TIADA PELAJAR TANPA PELUANG

Saturday 26 March 2011

DIPLOMA IN PHARMACY KPT/JPS(KA9818)04/14 INTEGRATED COLLEGE OF ALLIED HEALTH AND NURSING (ICAN)

INFORMASI KURSUS
Farmasi adalah salah satu cabang bidang sains kesihatan yang melibatkan penyediaan dan penggunaan ubat-ubatan yang lebih cermat dan berhemah.
Ia adalah kerjaya dalam bidang kesihatan yang bersangkut paut di antara Sains Kesihatan dan Sains Kimia bagi memastikan keselamatan dan penggunaan ubatan yang lebih efektif.
KELAYAKAN :
Lulus SPM / SPMV atau yang setaraf dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Sains / Biologi / Fizik / Kimia / Sains Gunaan (Applied Science).
Lulus Bahasa Inggeris digalakkan.
Umur 18 tahun ke atas.
Warganegara Malaysia.
KESIHATAN : Sihat tubuh badan serta tiada kecacatan mental dan fizikal
TEMPOH : 3 Tahun
ASRAMA : Disediakan oleh pihak kolej selama 3 tahun
PENGANGKUTAN : Disediakan oleh pihak kolej selama 3 tahun
MAKLUMAT TAMBAHAN :
  • Tenaga Pengajar yang profesional dan berdedikasi
  • Wad simulasi / skill lab dan Dewan pembelajaran yang serba lengkap
  • Asrama yang selesa dan lengkap
  • PTPTN disediakan
  • Peluang pekerjaan yang luas
LALUAN KERJAYA :
Prospek pekerjaan yang luas seperti:
  • Hospital Kerajaan / Swasta
  • Rangkaian Farmasi, Klinik dan Pusat Perubatan
  • Pusat Penyelidikan Kesihatan
  • Klinik-klinik Kesihatan
  • Industri Penjagaan Kesihatan
  • Pakar Produk
  • Industri Farmaseutikal
BAHASA PENGHANTAR : Dwi Bahasa ( Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris )
KAEDAH PEMBELAJARAN :
Pengajian merangkumi teori dan praktikal
LATIHAN AMALI :
Disediakan oleh pihak kolej.

Di antara hospital kerajaan & swasta di mana pelajar akan dihantar untuk latihan amali adalah seperti berikut:

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
  • Hospital Sultan Hj. Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
  • Hospital Bentong / Jengka / Kuala Lipis, Pahang
  • Hospital Raub / Pekan / Jerantut, Pahang
  • Seri Kota Specialist Medical Center, Kajang, Selangor
YURAN PENGAJIAN : Pelajar dari Semenanjung Malaysia - RM 44,300
Pelajar dari Sabah & Sarawak - RM 45,300
PINJAMAN : PTPTN - RM 54,000
YURAN PENDAFTARAN : Pelajar dari Semenanjung Malaysia - RM 300
Pelajar dari Sabah & Sarawak - RM 350
ELAUN :
(Lebihan PTPTN untuk 3 tahun termasuk premium insurans RM 194.40)
Pelajar dari Semenanjung Malaysia:
  • Dengan asrama & pengangkutan - RM 2,305.60
  • Tanpa asrama & pengangkutan - RM 9,505.60
Pelajar dari Sabah & Sarawak:
  • Dengan asrama & pengangkutan - RM 1,305.60
  • Tanpa asrama & pengangkutan - RM 8,505.60

No comments:

Post a Comment